Isnin, 4 Disember 2017

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI ( EKSA ) IKBN SERI ISKANDAR 2017

SERI ISKANDAR, 4 DISEMBER 2017 - Selaras dengan keperluan dan proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ). Oleh itu, untuk menjadikan proses ini berjaya maka organisasi tersebut memainkan peranan sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan organisasi. Demi merealisasikan hasrat ini, satu aktiviti di bawah jawatankuasa promosi akan mengadakan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dalaman antara sektor.

Sesebuah organisasi yang telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) adalah ianya merupakan medium mencontohi pelaksanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada agensi lain. Justeru itu , organisasi  yang ditubuhkan adalah merupakan penggerak kelancaran segala aktiviti dan perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pelaksanaan EKosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan. Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi dan Kreativiti EKSA Pencetus Modal Insan Berkualiti ”.

Setiap projek yang dihasilkan oleh peserta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai dan penyertaan dihadkan kepada dua pasukan sahaja mengikut sektor. Tempoh pertandingan ini selama 3 (tiga) bulan mulai 10 April 2017 hingga  10 Julai 2017.  Keputusan pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Sektor 2 ( Levender ). Tajuk projek : Invisible Wall ( Menggunakan Botol Plastik  ). Kedua : Pasukan Sektor 5 ( Blue Iris ). Tajuk projek : Multipurpose Holder. Ketiga : Pasukan Sektor 1 ( Orkid ). Tajuk projek : Bunga Hiasan Dari Bahan Buangan.



Johan 
Pasukan Sektor 2 (Lavender)
Tajuk Projek : Invisible Wall ( Dinding Pemisah Lutsinar )
Peserta : Pn. Mahani Bt Hashim


Naib Johan 
Pasukan Sektor 5 (Blue Iris)
Tajuk Projek : Multipurpose Holder
Peserta : Cik Yoew Ying Ying



Ketiga
Pasukan Sektor 1 (Orkid)
Tajuk Projek : Bunga Hiasan 
Peserta : Pn. Adis Zaitun Bt Abu Kassim




Selasa, 29 Disember 2015

SIJIL PENGIKTIRAFAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA )

 

PENGANUGERAHAN RUANG KERJA / SEKTOR DI BAWAH KRITERIA MAMPU KALI KE 3/2015


Penganugerahan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) daripada MAMPU yang disampaikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar pada 18 Disember 2015.


 
Anugerah Sektor Terbaik dimenangi oleh Sektor Anggerik iaitu Pn. Noraini Binti Shafee

 
Anugerah Sudut EKSA Terbaik dimenangi oleh Sektor Blue Iris iaitu Cik Yeow Ying Ying

 
Anugerah Bilik Pegawai Terbaik dimenangi oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri

 
Anugerah Ruang Kerja Terbaik dimenangi oleh Cik Yeow Ying Ying


 
Anugerah Bahagian Terbaik ( Bilik Fail ) dimenangi oleh Pn. Azizah Bt Hussain

 
Anugerah Tandas Terbaik ( Tandas Lelaki Pentadbiran ) dimenangi oleh  En. Ibrahim Bin Mat Hussin

 
Anugerah Stor Terbaik ( Stor Pusat ) dimenangi oleh Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain & Pn. Azura Binti Sejali

 
Anugerah Bengkel Terbaik ( Makmal Komputer IE ) dimenangi oleh Cik Yeow Ying Ying

 
Anugerah Go Green Terbaik ( Asrama Tun Fatimah ) dimenangi oleh Pn. Siti Rodiah Binti Hamid

 
Anugerah Kreativiti Terbaik ( Ruang Kitar Semula Makmal Pengujian Elektrik ) dimenangi oleh Pn. Shakila Binti Zainal

 
Anugerah Kontraktor Perkhidmatan Terbaik ( Advanced Sixty Nine Sdn.Bhd ) dimenangi oleh En. Hamidi