Piala penyertaan di Pertandingan Konvesyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S Peringkat Kebangsaan di Bukit Gambang, Resort City, Kuantan Pahang pada 1-3 Oktober 2013
Selasa, 8 Oktober 2013
BUKIT GAMBANG, KUANTAN, PAHANG , 7 OKT 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi maju setapak dengan menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S ( QE ) Peringkat Kebangsaan pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort, Pahang dalam membudayakan persekitaran amalan 5S. Kumpulan QET dari IKBN Seri Iskandar iaitu " KIASU " yang membawa maksud " takut kalah " telah berjaya memperolehi tiga ( 3 ) bintang sekaligus dianugerahkan Emas dalam pertandingan tersebut. Di konvensyen ini, pelbagai acara dipertandingkan. Setiap kumpulan akan mempersembahkan pelaksanaan amalan 5S jabatan / syarikat di hadapan para juri dan penonton mengikut cara masing-masing. Kumpulan "KIASU " terdiri daripada 12 orang ahli telah bertungkus-lumus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal dan akhirnya pengorbanan ini telah membuahkan hasil dengan berjayanya membawa pulang Emas dipertandigan tersebut.
Turut berkongsi kegembiraan dan kebanggaan kejayaan ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. HJ. Fisal Bin Ramli telah hadir bersama-sama di konvensyen tersebut. Dalam pertandingan ini, kumpulan " KIASU " IKBN Seri Iskandar bersaing dengan agensi-agensi lain termasuk IKBN Alor Gajah dan Pagoh serta syarikat swasta yang telah menempah nama dalam pertandingan ini. Persembahan setiap kumpulan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kumpulan " KIASU " IKBN Seri Iskandar dan akhirnya kami berjaya juga mengharungi cabaran ini. Kejayaan ini adalah hasil seluruh warga IKBN Seri Iskandar dalam memimplementasikan pelaksanaan 5S dan prestasi ini akan dikekalkan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
SIJIL ANUGERAH EMAS DI KONVENSYEN AMALAN 5S ( QE/5S ) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013
Ahad, 14 Julai 2013
SIJIL ANUGERAH EMAS DI KONVENSYEN AMALAN 5S DI WILAYAH UTARA 2013
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dianugerahkan Sijil Emas di Konvesyen Amalan 5S di Hotel Equatorial Pulau Pinang bagi peringkat Wilayah Utara pada 4-5 Jun 2013.
Jumaat, 7 Jun 2013
PIALA DI KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI ( 5S ) PERINGKAT WILAYAH 2013 PADA 5 JUN 2013
Piala penyertaan di Pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti ( 5S ) Peringkat Wilayah Utara pada 5 Jun 2013 di Hotel Equatorial, Pulua Pinang.
Khamis, 6 Jun 2013
KUMPULAN KIASU IKBNSI DIANUGERAHKAN EMAS DI KONVESYEN "TEAM EXCELLENCE" WILAYAH UTARA 2013
PULAU PINANG, 6 JUN 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi melangkah maju setapak kehadapan dengan menyertai Pertandingan Konvesyen " Team Excellence " Wilayah Utara 2013 pada 4-5 Jun 2013 di Hotel Equatorial Pulau Pinang dalam membudayakan amalan 5S. Kumpulan dari IKBN Seri Iskandar yang diberi nama "KIASU" dalam bahasa jepun tidak takut kalah telah berjaya menangi pertandingan ini dan dianugerahkan emas di mana layak ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan pada bulan oktober 2013 di Kuantan, Pahang.
Kumpulan "KIASU" ini adalah terdiri daripada semua peringkat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud, Pn. Nor Dalilah Binti Yusoff, Pn. Atikah Binti Abd. Rahman, Cik Usah a/p Parmasavan, Cik Gayathiri a/p Jaya Krishnan, En. Mohd Zul Bin Badru, Cik Salinatun Fazua Binti Mohd Saleh, Pn. Syakila Binti Zainal, Pn. Siti Rodiah Binti Hamid dan Pn. Azizah Binti Hussain. Dalam konvesyen ini terbahagi kepada dua ( 2 ) kategori iaitu Inovatid dan Kreatif dan Amalan Persekitaran 5S. Di konvesyen ini sebanyak 49 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Ini merupakan kali pertama kumpulan ini menyertai konvesyen dan berjaya melayakkan ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini telah memberi kebanggaan dan telah menaikkan nama jabatan khususnya Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)