Jumaat, 15 November 2019

PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI EKSA TAHUN 2019


SERI ISKANDAR, 15 NOVEMBER 2019 - Selaras dengan keperluan dan proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ). 

Oleh itu, untuk menjadikan proses ini berjaya maka organisasi tersebut memainkan peranan sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan organisasi. Demi merealisasikan hasrat ini, satu aktiviti di bawah jawatankuasa promosi akan mengadakan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dalaman antara sektor.

Sesebuah organisasi yang telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) adalah ianya merupakan medium mencontohi pelaksanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada agensi lain. Justeru itu , organisasi  yang ditubuhkan adalah merupakan penggerak kelancaran segala aktiviti dan perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pelaksanaan EKosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan. Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi dan Kreativiti EKSA Pencetus Modal Insan Berkualiti ”.

Setiap projek yang dihasilkan oleh peserta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai dan penyertaan dihadkan kepada dua pasukan sahaja mengikut sektor. Tempoh pertandingan ini selama 1 (satu) bulan mulai 15 Ogos 2019 hingga 15 September 2019.  Keputusan pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Sektor 1. Tajuk projek : Mini Libbrary. Kedua : Pasukan Sektor 4. Tajuk projek : Smart Rak. Ketiga : Pasukan Sektor 4. Tajuk projek : DIY Fountain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan