Selasa, 8 Oktober 2013

PIALA DI KONVESYEN PERSEKITARAN BERKUALITI AMALAN 5S ( QE/5S ) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013



Piala penyertaan di Pertandingan Konvesyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S Peringkat Kebangsaan di Bukit Gambang, Resort City, Kuantan Pahang pada 1-3 Oktober 2013


BUKIT GAMBANG, KUANTAN, PAHANG , 7 OKT 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi maju setapak dengan menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S ( QE ) Peringkat Kebangsaan pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort, Pahang dalam membudayakan persekitaran amalan 5S. Kumpulan QET dari IKBN Seri Iskandar iaitu " KIASU " yang membawa maksud " takut kalah " telah berjaya memperolehi tiga ( 3 ) bintang sekaligus dianugerahkan Emas dalam pertandingan tersebut. Di konvensyen ini, pelbagai acara dipertandingkan. Setiap kumpulan akan mempersembahkan pelaksanaan amalan 5S jabatan / syarikat di hadapan para juri dan penonton mengikut cara masing-masing. Kumpulan "KIASU " terdiri daripada 12 orang ahli telah bertungkus-lumus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal dan akhirnya pengorbanan ini telah membuahkan hasil dengan berjayanya membawa pulang Emas dipertandigan tersebut.

       Turut berkongsi kegembiraan dan kebanggaan kejayaan ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. HJ. Fisal Bin Ramli telah hadir bersama-sama di konvensyen tersebut. Dalam pertandingan ini, kumpulan " KIASU " IKBN Seri Iskandar bersaing dengan agensi-agensi lain termasuk IKBN Alor Gajah dan Pagoh serta syarikat swasta yang telah menempah nama dalam pertandingan ini. Persembahan setiap kumpulan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kumpulan " KIASU " IKBN Seri Iskandar dan akhirnya kami berjaya juga mengharungi cabaran ini. Kejayaan ini adalah hasil seluruh warga IKBN Seri Iskandar dalam memimplementasikan pelaksanaan 5S dan prestasi ini akan dikekalkan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.   

SIJIL ANUGERAH EMAS DI KONVENSYEN AMALAN 5S ( QE/5S ) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013




Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah memenangi Emas ( QE / 5S ) Peringkat Kebangsaan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang pada 1-3 Oktober 2013