SERI ISKANDAR, 15
NOVEMBER 2019 -
Selaras
dengan keperluan dan proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan
organisasi yang lebih berimej korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu
dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti
Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ).
Oleh itu, untuk menjadikan proses ini
berjaya maka organisasi tersebut memainkan peranan sebagai antara agen
pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi
yang sesuai mengikut keperluan organisasi. Demi merealisasikan hasrat ini, satu
aktiviti di bawah jawatankuasa promosi akan mengadakan pertandingan rekacipta
dan inovasi peringkat dalaman antara sektor.
Sesebuah organisasi
yang telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) adalah
ianya merupakan medium mencontohi pelaksanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada agensi lain.
Justeru itu , organisasi yang ditubuhkan adalah merupakan penggerak
kelancaran segala aktiviti dan perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan
sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pelaksanaan EKosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA) yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.
Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi dan Kreativiti EKSA Pencetus Modal Insan
Berkualiti ”.
Setiap projek yang
dihasilkan oleh peserta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai dan
penyertaan dihadkan kepada dua pasukan sahaja mengikut sektor. Tempoh
pertandingan ini selama 1 (satu) bulan mulai 15 Ogos 2019 hingga 15 September
2019. Keputusan pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Sektor 1.
Tajuk projek : Mini Libbrary. Kedua : Pasukan Sektor 4. Tajuk projek : Smart
Rak. Ketiga : Pasukan Sektor 4. Tajuk projek : DIY Fountain