SERI ISKANDAR, 4
DISEMBER 2017 - Selaras dengan keperluan dan
proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej
korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan bagi meningkatkan
pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (
EKSA ). Oleh itu, untuk menjadikan proses ini berjaya maka organisasi tersebut
memainkan peranan sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang
kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan organisasi.
Demi merealisasikan hasrat ini, satu aktiviti di bawah jawatankuasa promosi
akan mengadakan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dalaman antara
sektor.
Sesebuah organisasi
yang telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) adalah
ianya merupakan medium mencontohi pelaksanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada agensi
lain. Justeru itu , organisasi yang ditubuhkan adalah merupakan penggerak
kelancaran segala aktiviti dan perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan
sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pelaksanaan EKosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA) yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.
Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi dan Kreativiti EKSA Pencetus Modal
Insan Berkualiti ”.
Johan
Pasukan Sektor 2 (Lavender)
Tajuk Projek : Invisible Wall ( Dinding Pemisah Lutsinar )
Peserta : Pn. Mahani Bt Hashim
Naib Johan
Pasukan Sektor 5 (Blue Iris)
Tajuk Projek : Multipurpose Holder
Peserta : Cik Yoew Ying Ying
Ketiga
Pasukan Sektor 1 (Orkid)
Tajuk Projek : Bunga Hiasan
Peserta : Pn. Adis Zaitun Bt Abu Kassim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan