SERI
ISKANDAR, 4 DISEMBER 2018 - Selaras dengan keperluan dan
proses ke arah meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej
korporat maka beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan bagi meningkatkan
pengetahuan dan pelaksanaan tersebut seperti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (
EKSA ). Oleh itu, untuk menjadikan proses ini berjaya maka organisasi tersebut
memainkan peranan sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang
kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan organisasi.
Demi merealisasikan hasrat ini, satu aktiviti di bawah jawatankuasa promosi
akan mengadakan pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dalaman antara
sektor.
Sesebuah organisasi
yang telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) adalah
ianya merupakan medium mencontohi pelaksanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada agensi
lain. Justeru itu , organisasi yang
ditubuhkan adalah merupakan penggerak kelancaran segala aktiviti dan perlu
menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong
proses pelaksanaan EKosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkualiti,
kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan. Pertandingan ini bertemakan “ Inovasi
dan Kreativiti EKSA Pencetus Modal Insan Berkualiti ”.
Setiap projek yang
dihasilkan oleh peserta mestilah menggunakan bahan-bahan terpakai dan
penyertaan dihadkan kepada dua pasukan sahaja mengikut sektor. Tempoh
pertandingan ini selama 1 (satu) bulan mulai 1 Oktober 2018 hingga 31
Oktober 2018. Keputusan pertandingan ini telah dimenangi oleh
pasukan Sektor 4. Tajuk projek : Smart Dustbin. Kedua : Pasukan Sektor 1. Tajuk
projek : Floppy Disk Dan Pensil Holder. Ketiga : Pasukan Sektor 3. Tajuk projek
: Recycle Bin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan